Guide for organising a competition
Interested in organising a competition in your area? Don’t know how? The best way to start is to first attend an actual competition as a competitor and actively help to gain organising experience. Competitions are also a golden opportunity to meet other cubers and be involved with the speedcubing community.
If you’re still studying in school, college or university, it’s still possible for you to organise a competition via your institution! A lot of competitions in the past have been organised by cubers in this manner via a club or society in their institution. For this, you must take the initiative to share your interests with members in your club (not necessarily all cubers) to get support. Once you have a team of people willing to commit, then you may begin planning.
Alternatively, you may reach out to state level organisations under MYCA such as Johor Cube Fever to get additional help and guidance eg. securing external venues, getting further advice. Going through the MYCA competition application should also give a rough idea of what is expected.
What you require for a competition are these main things: Time, Venue, Manpower, a Delegate, Money.
1) TIME: A competition can last anywhere from 1 day to 3 days, depending on the number of events and rounds you wish to have so kindly decide wisely. Competitions are also ideally held on weekends, better yet during school holidays. Remember to check the availability of the delegate on the dates you’ve chosen.
2) VENUE: A spacious room(s) with good lighting (ideally white), enough to accommodate all competitors and audience, preferably air-conditioned and easy to access.
3) MANPOWER: Without a doubt the most important aspect when organising. For moderate to large scale competitions, an organising committee is vital in making sure all preparation deadlines are met. On the other hand, competitions also rely on judges, runners, scramblers, score takers etc, usually chosen and scheduled from the pool of registered competitors. However, a well-trained or experienced staff team is vital especially when it comes to large competitions. Volunteers chosen to help must be familiar with their duties eg. how to judge, giving penalties, calling the delegate, etc, this is to prevent unwanted incidents.
4) DELEGATE: An official WCA competition would not be official without a delegate!
5) MONEY: Budget your spending wisely for the competition and avoid unnecessary expenditure. Apply for sponsors if possible to relieve some of the financial burden, especially for larger scale competitions. (Add more details about registration fees and how the costs are covered)
If you have any other questions, feel free to contact us. You may also refer to WCA website for
additional information and resources.
Langkah – Langkah untuk Menganjurkan Pertandingan
Anda berminat untuk mengajurkan pertandingan rasmi di kawasan anda tetapi anda tidak tahu bagaimana? Salah satu cara yang terbaik adalah dengan menyertai pertandingan sebagai seorang peserta selain membantu dalam penganjuran sesebuah pertandingan. Apabila anda menyertai sebuah pertandingan, anda berpeluang untuk berjumpa dengan peserta yang lain dan secara tidak lansung anda akan melibatkan diri dalam komuniti “speedcubing”.
Jika anda seorang pelajar sekolah, kolej atau universiti, anda masih boleh menganjurkan pertandingan rasmi dengan kerjasama pihak sekolah, kolej atau universiti. Kebanyakan pertandingan yang dianjurkan sebelum ini melibatkan individu daripada kelab atau persatuan sesebuah institusi. Anda perlu mendapat sokongan daripada ahli kelab atau persatuan yang lain dengan berkongsi pengalaman anda dengan mereka walaupun mereka bukan seorang pemain Rubik’s cube. Apabila anda telah mendapatkan sokongan yang ramai dari kelab atau persatuan tersebut, anda sudah boleh merangka pertandingan yang anda ingin anjurkan.
Selain itu, anda juga boleh memaklumkan minat anda untuk mengajurkan pertandingan kepada organisasi di peringkat negeri seperti contoh Johor Cube Fever bagi mendapatkan bantuan dan panduan, dari segi tempahan tempat pertandigan dan sebagainya. Anda juga boleh merujuk borang permohon penganjuran pertandingan MYCA untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Terdapat beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan dalam sesebuah pertandiangan iaitu; Masa, Tempat, Tenaga kerja, Wakil WCA(Delegate) dan juga Kewangan.
1) MASA: Tempoh pertandingan adalah 1 hingga 3 hari, ini bergantung pada jumlah acara yang dipertandingkan dan jumlah pusingan yang akan ditetapkan oleh penganjur. Waktu yang terbaik untuk menganjurkan pertandingan adalah pada hujung minggu, selain daripada waktu cuti sekolah. Anda perlu memastikan bahawa masa yang anda telah pilih sesuai dengan masa Wakil WCA(Deligate).
2) TEMPAT: Ruang yang cukup luas untuk menampung keseluruhan peserta dan penonton, serta mempunyai pencahayaan yang terang (lampu berwarna putih). Tempat yang berhawa-dingin dan mudah dicapai juga amat digalakkan.
3) TENAGA KERJA: Perkara ini merupakan perkara yang paling penting dalam sebuah pengajuran pertandingan. Bagi pertandingan berskala sederhana dan besar, jawatankuasa penganjur amat diperlukan bagi memastikan segala persiapan akan dilakukan dengan baik. Selain itu, sebilangan peserta akan ditugaskan untuk membantu pengajur memudahkan urusan pertandingan sama ada menjadi juri, pelari, pengambil markah, dan sebagainya. Peserta yang membantu dalam pengajuran pertandingan perlulah mengetahui tugas-tugas mereka bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini berlaku. Bagi pertandingan berskala besar, peranan ahli yang berpengalaman dan terlatih amat penting supaya dapat memastikan pertandingan berjalan dengan lancar.
4) WAKIL WCA: Tanpa kehadiran Wakil WCA, sesebuah pertandingan tidak akan dianggap sebagai pertandingan yang rasmi.
5) KEWANGAN: Rancang perbelanjaan dengan baik dan pastikan tidak ada pembaziran dalam perbelanjaan. Bagi memudahkan urusan perbelanjaan, pihak penganjur digalakkan mendapat sumber tajaan luar, lebih-lebih lagi untuk pertandingan berskala besar. Butiran seperti yuran pendaftaran haruslah disertakan dalam perancangan perbelanjaan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami. Anda juga boleh merujuk di laman sesawang WCA untuk maklumat dan rujukan tambahan.